4 Apr 2015

eLife treatment penipu yang bangang

Assalamualaikum sekalian dan salam sejahtera semua

Sebelum panjang kemakian hamun aku. korang tahu apa maksud MLM? mari aku cerita sikit. MLM ni ialah Multi Level Marketing. dalam bahasa melayu bermaksud pemasaran secara berperingkat atau boleh di kategorikan sebagai perniagaan.

actually benda ni dah lama. cuma aku malas lagi nak menaip.sebab cerita pendek.dan sekarang cerita dah boleh jadi panjang.

ini nak bercerita mengenai kawan yang cerdik dari pandangan bodoh di dalam. Aku bukan nak hancurkan atau musnahkan orang punya business tapi ini  business yang kategori bodoh nak mampus ! business cepat kaya dengan menipu orang.  sedap betul aku kena tipu tapi mujur sikit. kalau banyak , memang aku sumbat kau dalam mangkuk tandas. sikit ke banyak pun tetap duit ! aku ni muka asyik kena tipu je . senang betul diorang ni mainkan aku ya.

bermula kronologi ,

aku tengah syok dengar lagu dalam hp, dan tiba-tiba masuk FB messenger. dari kawan aku ROS. Dia ni kawan sekolah aku dari form 1 sehinggalah form 5. Dia text aku sebab dia nak number aku. and so, aku bagi number aku pada 6 Mac (jumaat) . aku whatsapp dengan dia. dan dia buka topik tentang kesihatan mak aku macam mana. so aku jawab la apa dia tanya bagai. biasa lah orang caringkan.
aku habis spm 2010 dan sekarang 2015 baru contact. ohya, masa tu aku dah sedikit pelik dan tetap macam biasa la.. 5 tahun berkawan sama sekolah dan 5 tahun barulah contact. padahal FB dah lama kita connect each other. tapi cuma tak berapa nak friendly lah macam dulu. alah benda ni normal lah kan. lepas tu aku ajak dia jumpa pada 8Mac (ahad). niat aku nak ajak lepak, jumpa kawan lama. tak seronok kalau kita sembang dalam hp je. dan ahad tu dia kata dia tak jadi. ada kerja katanya. so ok lah kan.

10mac (selasa) tu dia text aku. tanya aku ada mana. dan dia ajak aku keluar malam tu. ok, aku dah macam excited dia kata nak jumpa aku. pastu tiba dia text kata nak ajak pergi treatment. hmm. treatment ? wth. dia kata treatment kesihatan. HAHA. dalam hati memang sebenarnya gelak besar. jadah dia. tapi niat dia aku puji lah. sebab treatment ni dia suruh aku cuba. dan boleh bawa mak aku ke situ. dan treatment kesihatan tu dekat Jalan Sultan Ismail. aku tanya dia. treatment tu ada guna herba ke apa kan. so dalam fikiran aku ni , oh ni mesti macam treatment ala-ala spa. ada herba. urut-urut kaki tangan. perhh heaven weh ! then, treatment ni mak dia dah cuba. so alhamdulilah so far baguslah. so ok. aku baca je lah text dia. barangkali aku tak percaya pun. aku cakap malam tu tak boleh. dan kita pergi hari khamis lah. dia kata khamis ada tournament bowling di Nu Central. dia ajak aku teman. aku pun excited juga lah. sebab dah lama tak chilling tengok bowling tu.

dan tiba rabu tu. 11mac. dia tanya aku free ke tidak pada hari tu. dia nak ajak pergi treatment. ok lah. aku pun bersetuju untuk pergi treatment ikut dia. dan lebih mulianya , dia kata nak ambil aku. weh ! baik gila dia nak ambil aku. dia yang kata nak ambil. so aku ok je lah kan. dan aku pelik juga lah sebab dia memang macam semangat betul. siap lagi datang awal. dia datang rumah aku 6:30 petang. tapi aku kata memang aku tak boleh time tu awal. so aku siap dan tunggu habis maghrib baru aku turun jumpa dia. dia dan aku kemain excited jumpa. yelah. kawan dari tingkatan 1. siap aku peluk dia salam. aku tengok dia dengan kawan lelaki dia. kereta kancil merah. dan siapa yang senasib dengan aku ni. memang mungkin akan kenal siapa jantan pendek ni. nama dia IJAT. so Ros ni dengan Ijat lah. dalam kereta tu kitaorang berborak lah kan. dan aku pandang ke kanan. siap ada berhanger lagi suit dia. perhh aku dah terdetik gila. syak bukan-bukan. dan aku tanya Ros mengenai treatment ni berapa. 'takpa, ros belanja'. perghh gila baik belanja aku. hihi. dalam hati comfirm satgi aku kena perangkap. dan sampai satu tempat ni.

Ijat drop kitaorang depan pintu besar, aku lupa apa nama tempat tu. macam mall. entah. sampai je tempat tu. aku terus whatsapp kawan rapat aku location tempat aku sekarang. aku risau terjadi apa-apa.baik aku buat sebelum terjadi macam-macam. kedai dalam tu dah banyak tutup. dan aku turun saja escalator. perghh  gila ramai . ramai apa kau tau., ramai yang pakai blazer. hahaha. gilaa aku memang gila. sah ! aku dah kena perangkap.dan aku buat rilex aku lah. aku nak tengok dulu treatment jadah dia. dan aku masuk, Ros kenal kan aku dengan kekawan dia. dan aku ok je lah. kenal-kenal bagai. dan Ros bagi aku borang. suruh aku isi, aku ni nak taknak je tulis. kot borang agreement .mampus aku. tepat 8:30 malam. Ros bawa kau bilik ni. katanya bilik ni mencecah binaan dengan 3 juta. hahaha. cari tempat. dan aku duduk. ramai lah dalam bilik ni. so aku duduk. dan tempat yang aku duduk ni adalah treatment dia.

ini bilik dia

nama product ni : Elife

dalam tu hampir sejam lebih. aku dah penat gila masa tu. dia ada bekal kan air mineral. aku tak minum pun sebab aku risau kena jampi atau pitam pula karang. habis aku kena jual, imagine aku kuat. aku duduk situ dah macam orang bodoh tau, menghadap benda yang takda kesan apa-apa pada aku. aku hampir terlelap dengar atuk cina tua depan tu bercerita mengenai product entah apa-apa ni. habis je treatment ni. dah boleh bersurai. dan aku dah boleh celik mata sedikit lepas dorang kata dah boleh balik. masa habis tu dalam jam 9:45 malam kot. aku tak sabar nak balik nak menghadap mimpi. pastu nak keluar tu. Ros bawa aku pergi satu bilik ni lagi. ah amenda ni weh ! aku nak balik. dan aku dah mula nak marah. tapi aku rilex lagi. aku bukan nak cakap lah. aku tengok diorang ni semua bukan bagus sangat pun. pakaian pun serabai. makeup pun lari . haa kena kau. cakap pun dah tahu gaya seorang yang penipu. ada hati nak psycho aku. jangan harap. tak akan termakan.

dan aku pun masuk. siap diorang ni buat kerusi secara bulatan. peghh apa benda ni. aku kena duduk situ.dan siapa yang first time. duduk situ. aku duduk lah dengan mangsa-mangsa yang sama kena dengan aku. semua muka yang jenis kena kencing dengan malaun-malaun ni semua. tujuan diorang buat macam ni sebab nak tanya apa yang aku rasa masa treatment tadi, dengar dari dioarang yang lain. diaorang kata sakit ni lah. sakit tu lah. HAHA. dan mungkin aku tak salahkan product tu. dan mungkin product tu ada bagusnya. cuma yang dioarang ni melampau menyalahgunakan product tu sebagai hasil penipuan diaorangkan. hampir sejam aku duduk dalam tu. dah macam orang bangang. aku serius mulut ni tak henti sumpah seranah. aku nak tumbuk je muka emcee dua orang tu. banyak cakap. dan bajet je dengan lagak mulut ketepi-ketepi. aihh . yang aku menyampah tu, pembawa macam Ros ni semua terhegeh-hegeh sama cakap apa yang emcee tu cakap. yes yes , apa jadah. macam bebudak. aku duduk dalam U. takda aktiviti kebudak-budakan macam ni. nahh sebijik aku kena bertubi. bukan melayu je ni. ni kena kencing cina india international pun ada. haha. adohh.

dan malam tu habis dalam jam 11:00 malam juga lah. dan Ros kata ada makan-makan sikit, oh bagus lah. memang time tu aku tengah lapar pun. jadi lapar lepas kena kencing dengan ungka-ungka tu semua. dan aku ingat makan dekat situ ada bungkus mee atau bihun ke apa. rupanya diorang bawa aku ke kedai mamak. hmm. mamak ni dah lah aku tak berapa nak selera satu. dan satu lagi masa aku dah banyak terbuang. dan perut lapar makin lapar. Ijat tu bawa pergii kedai mamak dekat hartamas sana. natang. kena lagi aku. lagipun aku menumpang. so aku ikut je lah. sampai je kedai mamak, aku perati. ramai geng-geng malaun tadi makan dekat situ. dan aku buat tafsiran. mungkin sini tempat dorang buat onar. senang untuk diorang jalan misi diorang. Ros kenalkan aku dengan kawan dia satu persatu. ajiem lah. anip lah. kikin lah. apa lah. ramai ah. berpusu-pusu datang dekat aku. SEMAK kau tau tak ? siap aku order, aku makan dengan Ros je. tiba-tiba datang IBU malaun. hmm. nama Ibu Malau ni namanya KAK CHA.

aku lupa nak rakam apa dia cakap. dan aku lupa soalan dan borak antara dia dengan kau. time tu mula lah sedikit air kencing Ibu Malaun merecik atas muka aku. hmm. machine gun dia punya cakap. dan dia kenalkan aku dengan product tu. haha. memang aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri. masa tu juga dia psycho aku.dan aku hentam psycho aku. tapi dia punya dialog kemas, putar belit dia bukan main. hahah. dan dia cerita pasal insuran alliance akan cover aku punya kesihatan sebanyak 3 juta. kalau aku masih guna treatment ni. bapak malaun dia weh nak kencing aku lagi. dan aku pun ok kan je. tiba aku sedup air sirap aku nak bagi habis, Ros keluarkan dalam beg Ibu Malaun tu borang. borang tu dalam 3 helai kot. aku dah mula whatsapp kawan aku. aku cakap yang aku memang kena kencing dengan MLM gila ni. tapi aku katakan ni bukan MLM biasa-biasa. ini dia pandai. dia kait rapatkan dengan product. wahuallam.

dan aku baca baca dan aku baca apa yang terkandung. dan aku didesak oleh Ibu Malaun dengan pengikut dajjal dia dengan Ros suruh tulis. dan aku dengan banggang nya. aku tulis borang tu, dan aku telah menandatangani agreement tersebut. haa perghh. siap aku tandatangan. dia terus ambil. selak dan kot kot ada terciciran aku tulis kan. atau fake identity mungkin. paling aku tak dapat terimanya ialah, sikap biadap psycho dia terhadap aku makin meningkat. tiba-tiba Ros dengan Ibu malaun tu minta aku duit ! dia brainwash kepala otak aku ni umpama aku macam bodoh sangat. ahahhaha. jadah dia. dia minta aku dalam rm280 atau rm250  aku lupa, itu untuk 13 kali treatment kot. oh aku memang lupa dia kata apa. dan yang pasti. dia nak duit tu sekarang. dan sekarang juga dia nak. perhhh aku dah pandang Ros . memang aku gaya nak makan. dan Ros boleh pandang aku tanpa ada sedikit rasa kasih macam masa dulu-dulu kitaorang berkawan, how shame .
bodohkan kawans sebab benda macam ni. dia minta duit pada aku segera. dan aku memang tak lah nak kata aku ada duit. aku kata duit aku dalam ATM. tak keluar pun lagi. yang paling biadapnya kan dia suruh aku keluar duit tu dalam ATM. siap Ibu Malaun tu suruh Ros temankan aku keluarkan duit dekat belakang kedai mamak ni, desakan dia macam desakan along minta hutang. aku ada je duit dalam purse . aku taknak lah duit aku habis benda bodoh ni weh. kau ingat aku ni bodoh macam kau ke? dan aku buat degil aku. aku kata aku nak balik. dia brainwash aku lagi tahu. kata ini lah itu lah. dan akhirnya Ros tewas. dan kata

"takpalah Aisyah, awak bayar rm50 dulu"

Rm50 ? hmm Ros Ros. senangnya awak ni. takda perasaan sungguh. terlalu taksub dengan benda haram ni. aku relakan pemergian rm50 aku. aku bagi sebab aku taknak dengar lagi desakan diorang yang boleh menikam kepala otak aku untuk tikam dengan garpu tu. mujur tahap tangan aku masih bernas untuk kawal. katanya Rm50 tu untuk 3kali treatment dan ia adalah sebagai book untuk ke next price. ha see? benda ni ada kaitan. dan nampak sangat benda ni adalah MLM bangang tu.

setelah aku buat research mengenai One Community Worldwide ni. dan Elife treatment penipu , dan ramai rupanya sebelum aku ni kena kencing dan situasi yang sama apa yang mereka lalui macam aku lalui. yang aku tak sanggupnya. dorang lagi habis beribu-ribu kena tipu. alahai akak akak. jangan cepat percaya walaupun kawan. lepas ni kita kena berhati-hati ok. dan aku nak ucap SYABAS untuk Ros dan Geng Malaun dia. kita jumpa dalam mahkamah Allah suatu masa nanti.

bertaubat sebelum terlambat. kalau nak kaya cepat.bukan cara menipu orang lain.

bukti banyak aku ada. nanti next update aku letak. in shaa Allah. panjang lagi aku nak cerita.. kau tunggu je lah .

assalamualaikum


eLife Website




37 comments:

  1. Saya pun kena gak semalam..siap g treatment gak kat hartamas tu..tp saya xpenah nk cye bnda2 mcm ni yg cpt nk kaya ni..pastu pandai lak kata xnk ke bantu mak ayah suh dorg try gak treatment tu..n siap suh bli voucher..tp saya layan kn aje..ikut dorg g lepak mkn sume but apa dorg ckp sume masuk tlinga kanan kuar tlinga kiri..lgpun kwn bek saya yg ajk..dia kt dia part time keje situ skrg..blik je umah mlm semalam saya trus google..n mmg apa sangkaan saya sume btol..nasib xbg duit lg utk voucher..nasib bek ada google..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa Kan. Awak nasib baik tak bagi duit. dan google . yang bengang nya. kawan baik kita kan

      Delete
    2. stuju...ak pown pernah kene ngan pendajal one com ni...mmg babi la....memalukan org islam

      Delete
  2. Saya pun kena gak semalam..siap g treatment gak kat hartamas tu..tp saya xpenah nk cye bnda2 mcm ni yg cpt nk kaya ni..pastu pandai lak kata xnk ke bantu mak ayah suh dorg try gak treatment tu..n siap suh bli voucher..tp saya layan kn aje..ikut dorg g lepak mkn sume but apa dorg ckp sume masuk tlinga kanan kuar tlinga kiri..lgpun kwn bek saya yg ajk..dia kt dia part time keje situ skrg..blik je umah mlm semalam saya trus google..n mmg apa sangkaan saya sume btol..nasib xbg duit lg utk voucher..nasib bek ada google..haha..

    ReplyDelete
  3. hahahaha..salam.. lawak baca kes ko ni isya.. aku kenal menatang ni pun dari sorng member gak.. dia as introducer aku la.. and until now aku melepak je kat Pelita Sri Hartamas tu.. but x pernah skali pun beli voucher tu.. yg bagusnya mmber aku ni x pernah skalipun dia memaksa suh aku beli voucher. maybe sbb dia tngok aku sewa kat kl ni and nmpak life aku susah kut hahahaha..

    and everyday mmber aku akan datang and pick me up kat umah, and bawak jumpa mmber dia.. member dia yg xleh belah "awak patut beruntung awak datang dengan orang yang hebat" hebat kepala cilako dia.. aku kenal kut mmber aku tu.. hebat celah mananya..and best partnya, sume menggunakan dialog yg sama.. x boleh blah langsung..

    aku nmpak gak taktik mmber aku ni, dia maybe x berani nak suh aku beli itu ini, sbb dia tahu aku jenis yg melawan cakap cket and aku snggup berdebat.. soo dia bawak aku jumpa yg sama level ngn dia (upline, and mmber aku ni pun upline jugak), untuk datang and hasut aku.. aku rasalah..

    bila aku melepak ngn member aku berdua, xde pun dia nak hasut suh aku itu ini bagai dalam bisnes, just geng2 dia je beriya.. skang ni boleh dikatakan all partners yg gengn ngn mmber aku ni, sume kenal ng aku dah.. but sincerely, muke dorng mengajak orang lain join and menjanjikan bulan dan bintang, aku rasa masa lepak kedai mamak, aku order paling mewah kut (kuey teow goreng telod double) berbanding ngn yg lain x makan and ada yg makan roti kosong (tu pun nak ngamuk marah2 mamak roti lambat) mana taknya, dah semua sengkek order roti kosong je hahahaha.. jahat mulut aku!

    k lah, tu je nk share.. sbb kes ko ni kena tahun 2015.. yg blog lain aku baca, kena kes tahun 2014,2013.. tu malas nk komen.. hahahaha.. okey, thnks for ur story.. adios!

    ReplyDelete
  4. sy pun dah pernah berada dlm keadaan, situasi yg awk2 pernah lalui...
    at the first time, yes..bila dah kena mcm tu, marah....
    but i took the positive things yg boleh belajar...
    dgn cara mcm nie, boleh mematangkan kita nak handle org mcm mana, pilih kawan mcm mana, nak trust org mcm mana...
    itu cara Tuhan nak ajar kita kan... :')
    sy sempatlah beberapa bulan dgn mereka ni..
    sy ambil bnde positive yg dorank ajar...
    x salah kan..?
    so, stay positive, keep calm, and ask for Allah refuge...:)
    anggap la nie sbg pengalaman hidup..

    ReplyDelete
  5. hurmmmm,, naseb la terjebak ngn benda cm nie,, nk mnyesal pn dh xder guna,, dh siap beli menda eLife tu bru ad ksedaran,, cm kene pukau jea rasa,, now tanggung hutang loan yg rm32k and tengah usaha nk bayar duit member2 yg rm3k lebih tu,, si kononnya partner yg snggup jatuh bangun bsama tu ntah hilang mnyepi kmana,, cari mangsa lain la kot,, pape pn hope lebih berhati2 ,, semoga terus kuat,, nak nanges pn xder guna dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak elife di mana. kl or hartamas

      Delete
    2. dua2 saya pergi... n sekarang mmbe2 yg seline dengan saya pn dah out,, huuuu~

      Delete
  6. Ingatkan da terkubur company ni... Sy mangsa tahun 2010. Dah 5 tahun berlalu. Fobianya hanya Allah yg tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mungkin terkubur. malah membiak ada

      Delete
    2. Sama la,, Fobia sgt2,, ari tu ad jmpe geng2 diowg,, naseb diowg xnmpk,,, ngn cri mangsa la tu,, adehhhh~

      Delete
    3. hahahahha. alah tunjuk je muka. lantak pi dia. buat kelakar je geng melaun ni

      Delete
  7. Ada cerita lg x?? Nk gak baca lg...

    ReplyDelete
  8. Berhati2 wahai adik2 semua...tuela kdg2 kite terlalu percayakan sahabat kite yg kite telah knl dari dlu lg...xsangka diorg sggp perdayakan kite hanye utk kepentingan diri n kemewahan duniawi...mereka terlalu khusyuk mengejar harta kekayaan smp smp hati memeras n menyusahkan sahabat sendiri...hilang segala kemanisan tali persahabatan di sebabkan tamak harta dunia...sy pun spt anda semua...terlalu percayakan sahabat sendiri sehingga terpedaya dgn sistem MLM yg bisa menjahanamkan tali sebuah persahabatan...dan sahabat sy bukan calang2 di one com...yg plg up hehe...Xpela adik2 sekalian, rezeki kite ade di mana2...mmg biz adalah yg terbaik spt yg disarankan oleh Rasulullah s.a.w tp berbiz la mengikut landasan yg btl dan tidak memeras n menyusahkan org2 di sekeliling kite...jgn pth semangat ye adik2 semua...teruskan usaha...mcm2 biz yg jujur yg boleh kite lakukan In Sha Allah lebih BERKAT!!!Alhamdulillah wpun sy telah ditipu oleh sahabat sendiri tp sy bangkit n berjaya dlm bisnes yg sy usahakan sekrg...wpun perit bermula dari bwh tetapi telus n tulus tanpa ade unsur2 scammer...anda semua pun bole berjaya...teruskan usaha n lbh berhati2 di dlm kehidupan...Sekian

    ReplyDelete
  9. Thank you for saving me..saya di ajak dan dah sampai sana..but before that thing start saya research dulu and bce komen2 orang and kebetulan time tu nak solat maghrib and masa kesempatan tu la saya blah..dan block the introducer...luckly saya x masuk pon ceramah or treatment jadah tu lagi..thank you for your information abt this thing

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah selamat . ok, your welcome. lepas ni be careful.

      Delete
  10. Saya pun baru jer kena situasi ni.Ade sorang malaun..name dia mai..ni baru jer kenal kat wechat.padahal x kenal pun.tibe2 jer tegur sy...dah la time tu sy ngh sibuk kerja...pasty bleh dia tanye sy lagi..awk nk cari keje lain x..sy boleh tolong awk utk cari kerja..dia kate company sy nk pakai org...saya mintak email ngn alamat office dia.. tp dia x bagi..sy pun da pelik gak knape dia x bagi...pastu dia ckp nk jumpe sy lepas kerja...sy ckp ar x bleh sb sy balik lambat...bleh plak dia ckp tggu sy...padahal sy x knal langsung dia ni..ni first time jumpe... dia tggu sy kt central..sy pun amik jela dia kt situ..dia kate nk tunjuk jalan office dia kt mane..sampai jer kt situ..menara the weld x silap..sampai jer kt situ.tgk2 ramai yg pakai blazer..mmg sah sy dah kene parangkap ni..trus suh sy masuk bilik dgr ceramah...lepas ceramah dia suruh sy but treatment plak.Ade dkt sejam..lepas treatment tu dia knal kan ngn kwn2 dia..sume tegur sy mcm dah knal 10 taun..padahal x knal pun..sy pun nk balik cpt..dah penat kan..bleh plak ajak sy gi hartamas..lepak kt kedai mamak ni.. time tu la sy dihasut n mcm2 lg ar pasal biz...besok tu dia dtg jumpe sy lg time lunch..ntah mcm mane dia tau office sy pun sy x tau..tanye bila awk nk kluarkan duit..3600..bleh plak dia nk ikut sy suruh keluarkan duit asb..mmg x bleh ar..sb x sempat..klu bleh nak kene ade 3600 dlm mase 2 hari..mane sy nk cari dlm 2 hari..pastu dia suruh sy pinjam kawn..mmg xla..sb sy ni bkn jenis suke pinjam suit kawn..nk pinjam 200 pun sy segan..tu pun kt kwn baik sy...pastu sy senyap..dia whatsapp sy awk dah Ade duit ke..klu kwn awk x bagi try pinjam kt gf awk plak..tp sy x reply..dia trus call...byk Kali..da mcm org ngh terdesak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. ini memang melaun betul ni hairi . hahahah. desperate nak duit sangat . apa benda entah perangai. dasar hasutan syaiton ahhaha. sabar je lah. bagus lah. think twice before take action. so well done.

      Delete
  11. Nasib baik sempat google dan baca komen korang semua. Sangat membantu.
    Kenal seorang kawan baru. Nampak naif je. First time jumpa dah bawa jumpa komuniti dia untuk tunjuk betapa bestnya kalau boleh jadi sebahagian daripada komuniti diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah. cuma dapat membantu sedikit. sebaiknya jauhi kawan seperti naif begitu. kerana yang naif itu yang perangai sumbing. hihi

      Delete
  12. Salam perkenalan. Meh nak komen skit. Depend kepada owner nak simpan post ni atau delete, up to you ok.

    https://www.facebook.com/TerengganuMiniEnergizeStation

    Ni nak share Terengganu Energize Station yang telah saya bina di Terengganu. Simple je.

    Korang semua ni bermasalah sebab korang punye upline tu yang gila duit sampai pinjam duit bagai. Memang tu la cara penggila-penggila MLM buat kat downline2. Tapi buat pe ikut cara dorang?

    Bagi saya la, buka One Comm yang bermasalah, tapi upline korang yang bermasalah. Tahu tak korang yang One Comm ni ada dua cabang upline? Melayu & Cina. Korang ni dapat upline mane?

    Ak ni tak fokus kat direct selling ataupun nak kembang jaringan yang mcm MLM buat. Tapi ak tahu benefit produk EFT ELife ni sendiri. Kalau korang buat market bisnes ni tapi korang sendiri pon blur menatang alah ni ok ke tak. Buat pe korang buat bisnes ni??

    Kalau korang refer kat FB Pages ak ni, boleh tengok testimonial live yang semua patient2 yang datang buat terapi ni, alhamdullillah beransur-ansur pulih. Korang boleh scroll puas2.

    Ak ni bukan pe, nak cakap terus terang, ak sendiri tak suke orang paksa-paksa ak nak masok bisnes ni. Tapi peluang yang ak nampak bisnes ni, produk dier memang tip top terbukti berhasil. Sebab ak sendiri pakai. Kene sakit urat saraf yang setahun tak baik-baik, gi jumpe doktor kene cucuk makan pil, gi tok bomoh kene urut sampai sakit2 tubuh, gi jumpe ustaz kot2 ade hantu...tak berhasil. Tapi sekali buat terapi ION Pan 2 jam alhamdullillah terus hilang sakit yang setahun tu.

    Maaf, bukan tujuan ak nak promote bisnes ni bagus ke ape. Tapi harap jangan sebab korang dianaiya oleh upline korang, produk yang bagus ni pulak jadik mangsa. Mohon maaf jika terkasar bahasa. Terima kasih untuk luangkan masa baca reply ni.

    Nak contact saya boleh terus ke FB Pages ni ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon kau basuh sume upline dlm tu jgn buat head hunting. Jgn ajar org utk berhutang. Dan produk onecom tu jgn markup tinggi sgt harganya. Thats why we call this as scam.

      Delete
  13. Alamak dah terbayar duit voucher. Adeiii ni gara2 cayekan kawan baik hbs rm250 melayang. Sekarang org nak cepat kaya kawan pn mkn kawan. Haram jadah pn kawan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM250 tu register kan?? .. waktu kita memang RM250 .. sekarang dah murah jadi RM85 .. betapa murahnya .. huhuh
      memang nak bagi galak orang join lah tu sebab dah murah ..

      Delete
  14. Assalam Isya .. saya Putera Hadi .. actually Putra baru je join hujung bulan 1 .. so now kira dah seulan setengah lah .. Introducer saya tu satu kolej dan satu batch dengan saya .. just lain kos saja .. memang seriously Putra dah tak tahan lagi .. even Putra dah tahan, Putra still datang ikut dorang .. but now musim final exam start minggu lepas tau, so bila tiba cuti study week, Putra cepat2 tak sabar nak balik rumah supaya tak payah ikut dorang lagi .. 13/3/2016 hari NEO .. so Putra dah bali, tak dapatlah join sebab mahal kowt .. RM150 kena bayar .. tu bayar diri sendiri, kalau bawak kawan pown kena bayarkan .. mana wey nak cekau duit .. ahhaha

    NEO yang bulan lepas pown Putra tak bayar lagi tau untuk kawan Putra .. then introducer Putra cakap even Putra tak datang NEO, tetap kena bayar jugak .. giler siakkk .. pepenadai booking seat kita awal2 buat apa .. Bodoh .. so now Putra andaikan diri Putra tak aktif sekarang sebab nak fokus final exam .. setiap hari introducer call Putra tapi Putra tak angkat pown sebab malas dah .. lain tak bukan mesti tanya kenapa dah tak join punyer .. and selama Putra tak aktif nie lah, Putra sharing pasal benda alah nie dengan YDP MPP kolej .. sebab introducer kawan kami dulu sebelum dia berubah join benda alah nie .. macam2 kita share .. sebab introducer saya tu tak masuk final exam sebab dia tak bayar yuran lah .. pasal penipuan dia tentang family dia yang konon2 dia kata dia bawak parent dia turun HQ untuk beli elife .. entah pasti ke tak .. apa yang kawan2 cerita lain and apa yang introducer cerita lain .. so berlaku curious antara semua dialog yang keluar dari mulut setiap orang ..

    hanya saya network yang tak aktif tapi masih join dalam group team .. so saya tengoklah setiap perbualan dorang .. aktiviti dorang .. segalanya ..

    and saya nie bawah Network District Manager (DM) Alwani dan District Manager (DM) Fikri .. and sekarang nie dorang dalam posisi Acting Regional Director (ARD) .. dorang nie leader saya .. and sampai sekarang saya tak bagi kata putus sama ada saya quit atau keep going .. saya diamkan saja .. and kawan2 saya pown kata diam saja .. jangan angkat call ..

    sekarang nie register bukan lagi RM250 .. dah murah jadi RM85 .. Mesti ada sebab tu .. huhuh

    Agent : RM3400
    AM : RM30K

    mana wooooooooooooooooooooooo nak cekau duit .. that's why sampai sekarang saya tak naik2 jd AM .. sekarang pown saya dah bayar balek hutang saya dengan kawan2 yang sya fight untuk jadi agent .. uhuhu

    ReplyDelete
  15. Kes ni x selesai2 dr tahun ke tahun.. Bisnes MLM ni bkn boleh bertahan lama pun.. Kalau stuck abis satu family jatuh

    ReplyDelete
  16. Benda ni dah terjadi pada aku dua tahun lepas kalau xsilap..kenal dari kawan lama..mula2 ajak lepak main bowling di One utama..youth comunity ke apa tah..so follow je la,orang ajak lepak..dekat situ,mostly student area2 kl..lepas main bowling,si introducer bawa pergi ke sri hartamas untuk treatment..same modus operandi..datang treatment free 5x..isi borang and dengar emcee and founder club bagi kata2 semangat..bla bla bla..hampir 2 jam berada di situ..then, membe sorg ni ajak join jadi partner dia..waktu tu lepas treatment kami lepak di kedai mamak. Semua kawan2 dia layan macam da kenal lama beb..so nak dijadikan cerita,aku pun join jadi RF..so first task untuk jadi Agent, kena dapatkan rm4000..giler ke apa, time tu baru je praktikal elaun pun sikit..dia bagi masa seminggu untuk sediakn duit rm4k tu..mmbe aku ni pun siap bagi cadangan suruh pinjam dengan kawan2,adik bradik,famly.."Make things happen" dia punya tag line..so dlm minggu tu,terpaksa pinjam kawan2 opis dan kawan2 satu u dulu,mujur membe2 baik hati bagi pinjam rm500 sorg..yang si introducer tu asyik push2 tanya da ada duit ke belom..bila minta tolong dia,dia cakap itu task aku..dia xboleh tolong..jilake punya kawn..so, untuk hutang2 tu aku janji lepas dpt duit akan bayar balik..Ok,mission accomplished untuk dapat rm4k..malam sabtu kalau xsilap,si introducer inform untuk jumpa di THE WELD,belakang office aku je pon..so lepas keja aku dtg sana..tengok ramai orang pkai blazer dan kot..

    ReplyDelete
  17. Sambungan..lepas dengar talk dari founder uncle cina big bos..introducer n team dia buat bulatan..announce sape yang berjaya jadi agent..so sebelum pukul 12mlm kena keluarkan duit rm4k prove yg ko layak jadi RF agent..Yang best nya,duit tu dia buat bayar yuran pendaftaran dan beli barang2 kesihatan. Si introducer ni bagitau suh kita try dlu product2 ni then baru boleh ajak orang lain..rasa tertipu dengan si introducer ni,aku pun keluar dari The weld balik opis and tertinggal semua product2 kesihatan kat introducer ni..dia call banyak kali aku xjawab sebab malas nk layan..ad sekali diorg ajak join mandi sungai di sungai congkak..untuk team bonding katanya..but aku tak join..time tu aku da jadi partner dengan si introducer tu..sehidup semati la konon..then last year aku dapat tahu yang dia pun da xjoin lepas outlet di Publika gulung tikar..Now,ada juga outlet baru di sri hartamas untuk budak2 baru nak up..ramai agent2 baru akan lepak di kedai mamak area2 situ..wassalam

    ReplyDelete
  18. sy terkena bln puasa tahun lepas.. mmg btul..dorg memang memaksa suruh kuarkan duit di ATM time tu jgk.. siap ikut blkg sy tgk sy kuar duit..xdapat nak larikan diri time tu.. smpai part nk mintak 3k lebih pulak..dorg suh pinjam duit kwn..smpai sanggup suh sy pecah amanah duit yg kwn2 suh sy simpankan(sbb sy bendahari)..smpai skrg sy buat bodoh je bila dorg msg sy.. jumlah kerugian sy hari tu rm110 sbb kononnye utk voucher treatment utk 5x lepas ni..tp hampeh xnmpk voucher dpn mata lg..

    ReplyDelete
  19. i wanna buy 2nd hand elife. anyone has contact, please contact me 011 5001 5828

    ReplyDelete

Blowing In The Wind Pink And Green Flower