23 Jun 2014

sesaat

aku

rindu sangat abah
bila tengok kawan salam si ayah nya. 
aku teringin nak cium tangan dan rasa nak peluk abah
rindu nak bau abah
aku dah lupa bau abah
sebab dah banyak bau mak
cepatnya abah pergi
pergi abah untuk selamanya

aku

perlu abah
gelak tawa abah, senyum abah
aku masih ingat
gembiranya ada abah kan
aku nak abah aku semula
selama 20tahun
aku rasa rugi dan menyesal tak peluk abah 24jam

untungnya kalau dapat pegang tangan abah sekarang ni
tapak tangan abah besar
aku masih ingat
genggaman abah aku masih dapat rasa
kecilnya tangan aku berbanding tangan abah
rindu
rindu abah
abah mesti rindu aku juga

pahitnya nak telan, abah
seronoknya kalau abah dapat tengok aku membesar dan berjaya pegang usaha aku sendiri
aku sabar abah
aku nak tabah
setabah mak

Blowing In The Wind Pink And Green Flower