2 Dec 2021

Al-fatihah Along...

 

Innalilawainalilahirojion untuk Along...

Ia seperti satu mimpi untuk aku. celik mata, aku akan bertanya pada diri aku sendiri. Betul ke Along dah tiada? ternyata perkara seperti ini adalah benar. Memang aku rehda tetapi ia macam secara tiba-tiba.

Ini dah 3 kali terjadi bab kematian dalam sepanjang hidup aku. Orang yang aku sayang. 

Along masuk Hospital Klang dari 16 October, sebabkan Covid. Apa yang aku hairan, Along dahpun cukup Vaksin (Sinovac) tapi siapa lah kita menolak takdir Allah. Hanya 2 hari beliau dalam ward biasa, dan terus ke ICU sebabkan demam  yang melarat. Dalam masa 4 hari tu adalah Videocall dengan Along macam biasa. Along bercakap, borak dengan kami, saling bercerita perihal kesihatan beliau. Selepas pada tu, 21 October Along dah tak boleh contact dengan kami, sebab Doctor tak kasi bawa phone dalam tempat isolated. Then, Along kena tidurkan dalam 12 jam. Apa yang aku tahu, dua kali Along ditidurkan dan hari bersilih hari. Along kena tebuk pipi kanan sebabkan sukar bernafas, start dari Along ditidurkan Along dah tak boleh bercakap sebabkan tube oxygen dipasangkan. Allah...

Sedih tengok keadaan Along yang muka makin gelap, bengkak, dan makin kurus. Hanya mampu lambai ke arah phone yang Nurse letak kan. dan kami langsung berjurai airmata. aku tak sanggup, masa tu aku di office. lantak aku nangis, aku tak boleh tahan. 

Pada 6 November 11am , Doctor nak buat videocall sebab nak cakap keadaan Along. Keadaan Along semakin lemah, virus dah mula spread bahagian Jantung, Paru-paru , dan buah pinggang (maybe sebab doc bagi antibiotik yang tinggi). Bila dah terjadi macam ni, makin banyak pula penyakit yang Along dapat. Sebenarnya sebelum ni Along tiada penyakit serious kecuali kencing manis , tapi tak tinggi. just nice. bila dah positive, dia start menyerang.. Back the story, dalam videocall tu Along siap lambai, dan tunjuk thumb up. Allah.

Pada 7-8 November 12pm, Along start koma sebabkan komplikasi dalam badan Along. Time tu kami adik beradik baca yassin ramai-ramai dan call silih ganti untuk tengok keadaan Along yang semakin nazak. Fyi, kami ada buat bacaan yassin pada setiap malam start dari warded lagi. dan pada tengahari tu ada lah dalam sejam tengok keadaan Along dalam videocall.

Pada 9 November 11:30am, Doctor buat videocall secara mengejut. Cakap untuk bacakan yassin dan ajar mengucap untuk Along (even Along koma, nazak). perasaan time tu entah, sedih. taktahu, dan tidak keruan. sebab pagi tu aku bangun tidur untuk subuh, aku rasakan sesuatu keyakinan yang Along mesti sembuh dan tahu perkhabaran yang baik. Tepat pada jam 12:10pm tengah yassin dan menatap Along secara virtual. Doctor mengesahkan Along telah pergi menghadap Ilahi. Allah. sedih ya Allah. Mak tak cakap apa. and speechless.. 

aku n husband bergegas half day kerja dan kemas baju dan terus gerak jam 4pm. rezeki kami juga sebab Along disahkan bebas Covid sebab lebih 30 hari, dan boleh kebumikan di Tanah Perkuburan di Kampong. Jenazah Along sampai di kampong jam 10 malam. 

Pada 10 November 10am , Along selamat dikebumikan. Alhamdulilah syukur Ya Allah. 

hari ni, hampir sebulan Along meninggal dunia. sudah tenang disana. banyak kebaikan yang Along buat rupanya setelah dia pergi. dan ramai yang datang masa hari dikebumi itu. 

walaupun ramai yang datang rumah, tapi kami tiada covid. semua sihat. syukur Allah pelihara dan permudahkan urusan kami satu family. 

Allahuakbar ! 

 


Roshmiza Binti Ahmad
1966-2021 

Blowing In The Wind Pink And Green Flower