assalamualaikum dan salam sejahtera
untuk kali ni 14mei sehingga 17mei2015 dalam 4 hari 3 malam ,aku terbang bersama Airasia dari KLIA2 ke Langkawi (LGK) jam 12:45pm.
agak jakun sebenarnya sebab first time pergi LANGKAWI ! selama 22 tahun hidup. haa ini memang kelakar. AirAsia tambang murah dengan harga RM85 for one way.
memang pada hari tu agak mahal sedikit sebab last minute tempah. kalau tak sebelum ni aku ada survey dalam rm36 je..
kepada yang nak cari tiket murah AirAsia, you'll kena rajin usha dan masuk web AirAsia. tiketnya dari masa ke semasa dan berubah-ubah.. siapa yang ada LUCK memang akan dapat dari murah pada tu. dan juga survey hari ke hari. promotion Airasia memang gempak. so why not kita terbangkan.
dan aku hanya ambil one way saja bukan round trip.. kenapa aku ambil one way? aku kedekut ke? kepala mu. bukanlah. aku nak kan kelainan pengalaman ditempat orang. kalau kita naik plane saja tak merasa kemudahan yang lain tak syok jugakan,,
so 17mei (ahad) aku check out jam 8 pagi gitu lah. dan terus ke Kuah. Dimana Kuah tu adalah tempat jetty berlepas. tambang feri hanya lah rm18. so murahkan. tapi aku ambil feri jam 10pagi dan sampai ke kuala perlis dalam jam 11 lebih lah.
sampai saja ke kuala perlis terus ke terminal bas.. berjalan selama 3minit saja dan aku beli tiket ke Pudu jam 12tengahari
ok, kali ni aku terbang bukan dengan keluarga. pandai pun aku jaga diri. seronok aku pergi ni lain macam sikit. sebab banyak pengalaman yang boleh mati akal. contoh masuk tempat yang tak boleh masuk. so kiranya macam menceroboh kawasan terlarang. hahaa
aku takda banyak nak cerita cuma aku nak cerita masa tempat dan bajet aku termasuk flight ticket adalah dalam rm600 sahaja.
aku menginap di 8 Doors Inn, Pantai Cenang dan berhadapan saja dengan Underwater World.
bilik selesa cuma takda tingkap. lagipun aku tak hairanlah, sebab aku niat nak berjalan saja dan tak lah hanya melekat tidur.
banyaklah kawasan Langkawi ni aku berjalan dan memperluaskan carian kawasan yang tersembunyi. cuma yang aku paling jatuh cinta adalah Tanjung Rhu . sebab situ memang perghh superb. pantai yang bersih pantai halus mulus putih. suasana yang damai dan tenang dan dikelilingi dengan pokok rhu. memang jatuh cinta. seharian juga disitu.
menghayati apa tuhan beri
syukur aku masih dapat peluang merasa bumi Allah.
in shaa Allah next trip Lombok dan Surabaya Indonesia
in planning
moga moga Allah izinkan
InsyaAllah husein akan ke Indonesia awal bulan depan. pray for my travel isya.
ReplyDeleteameen ameen.semoga selamat pulang ke tanah air dan selamat pergi dan pulang dari travelling soon :) jangan lupa update blog
ReplyDelete