21 Apr 2015

Rengat, Ulu Cheka, Jerantut Pahang

assalamualaikum dan salam sejahtera

apa yang aku nak kongsikan ialah tahap excited aku nak berblog. baru petang tadi pulang dari Pahang. Jadi, disini aku nak kongsi kawasan kampung aku yang sangat aku suka. tempat yang aku selalu lepak dengan kekawan sekolah dulu. BBQ perghh heaven .

Pahang ni memang banyak tempat menarik boleh kunjungi. As you know, tempat dingin/sejuk seperti Cameron Highland, Genting Highland, Fraser Hill and Bukit Tinggi dan Janda Baik.
kalau kawasan Pantai lebih banyak di kawasan Kuantan. Teluk Cempedak, Balok, Pulau Tioman, Berserah dan banyak lagi.
tapi memang majoriti di Pahang ni memang banyak hutan. kalau jenis nak relax chill , seronok pergi Taman Negara, Kuala Gandah , Sungai Lembing dan banyak lagi.
walaupun aku anak jati Pahang. Banyak lagi tempat yang belum aku jajah. In shaa Allah masa akan datang.

hari Ahad baru-baru ni. aku ada buat reunion kecil-kecilan dengan kawan sekolah lama. jadi kami ni berpakat nak mandi-manda macam remaja kami dulu. terjun lubuk.

Rengat, Ulu Cheka

kawasan yang terpencil tapi seronok. Rengat ni ada 4 tingkat. apa yang aku tahu dari kawan. tingkat yang pertama untuk family. dan tak bahaya dan takda lubuk. air pun cantik/jernih dan sesuai untuk bawa anak-anak.
tingkat kedua pula, tingkat dimana agak kecil sedikit. dan ada batu besar. besar sangat batu sungai situ, dan sesuai untuk yang kaki extreme nak lompat. 
*ini gambar tahun 2010*
masih simpan. 
gambar batu tak ambil full. so tak jelas tahap besar mana batu tu. dan tingkat ketiga, lagi extreme. sebab siap ada lubuk. lubuk ni dalam. dan sesiapa yang tak reti berenang. boleh angkat kaki ke tempat pertama. haaha. yang aku pergi bebaru ni tempat ketiga ni lah.
dan akhir sekali tingkat ke-empat. yang tingkat akhir ni air terjun. tapi atas lagi kena naik. naik motor sorang 1 boleh lah. yang lain boleh jalan sendiri. tak berapa jauh.tapi disebabkan bukit yang tinggi. agak bahaya disitu.

kalau nak pergi sini. lagi bagus kalau korang bawa sendiri Gopro korang. so aku decide bawa gopro hero 4 aku untuk aktiviti lasak. cewahh. phuii










mesti korang terfikir celah mana extreme. jadah dia kan. korang tak tahu korang takpayah banyak cakap.dan apa kata korang pergi sendiri. rasakan kesejukkan air dari bukit. subhanallah. in same time, kita boleh puji kebesaran ilahi. 
dan apa yang korang tengok memang kami ramai perempuan. jadi kan prefer untuk asmaradana tempat cetek sedikit. risau juga pergi terjun masa tu. sebab tersilap pakai baju jenis berat. so mau pula aku terjun karang. tersilak habis. hahah. so kalau korang decide nak bawa family , better bawa kereta kebal sikit. kalau motor, motor bawa tahan lasak. bukan apa. aku risau korang punya tayar problem. sebab situ kawasan sunyi. kebun orangkan. masalah jadi nanti. tiada siapa nak tolong nanti. orang asli ada ah. haha.  next time kita pergi lagi . banyak tempat menarik di Pahang akan update. in shaa Allah.

my hometown

come and join me 






3 comments:

  1. As salam. Boleh kongsikan laluan masuk nak ke air terjun ni ? Ada aoa2 papan tanda tunjuk arah ke ? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk ke dalam tu langsung tiada arah petunjuk. ada dua cabang jalan. kawasan sawit. nak minta tolong orang pun susah. sebab kebun sekeliling. tapi ada sentiasa bebudak kampung lalu situ.btw , nak masuk ke situ mesti bawa kereta 4x4. isi minyak cukup2. hahahaa

      Delete

Blowing In The Wind Pink And Green Flower