28 Jan 2015

Barat

assalamualaikum semua dan salam sejahtera

'bukanlah nak tunjuk alim. jauh sekali tidak. bukan nak cakap lebih. cuma nak kongsi benda baik'

as usual, malam sahaja waktu idea trololo masuk. kalau nak siang tu memang selalu M A L A S. ok sekarang aku nak bercerita dan nak kongsikan apa yang aku ingin kongsikan kepada kalian. tajuk ni memang mudah. mudah sekali. tetapi penuh sangat dengan tanda tanya dan kebengongan. 

BABY SHOWER a.k.a MANDI BAYI
atau kalau nak jelas lagi , sirami bakal ibu dengan hadiah-hadiah

nampak tak kita ni macam baru je dengar pasal baby shower ni. nampak macam awkward kan. mungkinlah. dan ada segilintir rakyat Malaysia yang duk sibuk menyambut anak-anak beliau dengan meraikan baby shower ni dan sanggup menghabiskan duit untuk majlis ni. (lantak lah anak dorang) 

untuk pengetahuan korang, baby Shower ni famous di negara barat. tapi kita negara islam kita yang duk terikut sangat. 

yang aku duk lagi meluatnya sekali. ada lah setengah artis yang aku tengok. siap pakai baju macam baju pengantin dan ada yang buat ala-ala pelamin macam nak nikah pula..padahal baby shower je pun. dan duk tonjol sana duk tonjol sini. aku tak hairan pun. nama pun ikutan barat kan. so apa dorang kisah. tak jadi kesan sampai mati pun. nak tiru mat salleh cerita dia.

dan sekaligus orang kata baby shower ni mengambil alih peranan adat melenggang perut dan mandi tian dalam adat melayu. dan juga ada setengah sumber kata adat melenggang perut dan mandi tian adalah adat orang Hindu dan dikatakan ada unsur khurafat. wahuallam.

as you know lah, memang baby shower ni langsung takda dalam islam. apadahal lagi banyak majlis yang manfaat dan dapat berkat.
macam majlis Taknik, majlis cukur rambut atau Aqiqah kan. atau kita campurkan sekali ketiga-tiga tu. alah pada aku lah kan. aku better buat macam mak abah kita selalu buat ke kita dulu. buat majlis taknik , cukur rambut dan aqiqah. siap ada marhaban dan berzanji lagi. alaahaii seronoknya.

dan lantak pi hang lah nak buat shower the baby dengan hadiah tu semua , yang penting sekali kalau kita buat secara islamik tu lagi ada keberkatan dan yang paling penting sekali adalah rehdo Allah s.w.t.







No comments:

Post a Comment

Blowing In The Wind Pink And Green Flower